MEMUDAHKAN MASALAH
Biasanya apabila kita menghadapi sesuatu masalah yang rumit dan yang melibatkan nombor-nombor bernilai besar kita enggan menyelesaikannya kerana fobia dengan nilainya. Apakah berlaku sekiranya kita gantikan nilai-nilai besar itu dengan nilai kecil? Ini dapat memudahkan masalah itu dan ia lebih senang diselesaikan. Cara penyelesaian masalah yang lebih mudah ini kemudiannya digunakan untuk menyelesaikan masalah asal.
Masalah
Abu
membeli sebuah gitar dengan harga RM 300 dan kemudian menjualnya dengan membuat keuntungan sebanyak 20% atas harga kos gitar itu. Dengan harga berapakah Abu menjual gitar itu?
•Langkah 1: memahami masalah
•Kos
gitar ialah RM 300
•Gitar dijual semula dengan keuntungan 20%
•Berapakah harga jualan gitar itu? (Harga ini mestilah lebih tinggi daripada harga kos asal gitar itu barulah mempumyai keuntungan)
•Langkah 2: merancang rancangan
•Untuk membuat keuntungan sebanyak 20%, Abu sudah tentu menetapkan harga jual 20% lebih tinggi daripada harga beli. Oleh itu harga jualan ialah 120% daripada RM 300.
•Ayat matematik:
•HARGA
JUAL=120% X RM 300
=120 X RM 300
100
•Nombor-nombor terlalu besar. Oleh itu, cuba selesaikan masalah yang lebih mudah. Kecilkan angka-angka besar terlebih dahulu. Selesaikan dan kemudiannya gunakan penyelesaiaan masalah kecil untuk menyelesaikan masalah asal. Ada DUA cara:
•Permudahkan nilai % ke 10%, 5%. Kirakan 100% x 300; 20% x
300 dan jumlahkan untuk mendapat 120% x 300
•ATAU
•Permudahkan nilai 300 kepada 3. Kirakan dan kenudian darab dengan 100 kerana 300= 100 x 3
•Langkah 3: melaksanakan rancangan
• 100%
ialah RM 300……..
• 20%
ialah RM 60………..
• Jumlah: 120% ialah RM 360……. Harga jualan gitar
• 120 x 3 = 3.6
100
• 120 x 300 = 120 x 3 x 100
100 100
= 3.6 x 100
= 360
•Langkah 4: semak semula
•Adakah jawapan itu munasabah?
•Semak pengiraan
•Adakah cara lain yang lebih mudah berbanding cara ini?
•Semak jawapan anda dengan cara membahagi dengan 2 sahaja iaitu tentukan nilai 100%, 50%, dan 25%
No comments:
Post a Comment