Thursday, 17 May 2012




Aplikasi Strategi Penyelesaian Masalah 

Menggunakan gambar rajah 
         Strategi menggunakan gambar rajah ialah satu strategi yang paling membantu dalam memahami sesuatu masalah dan mengembangkan idea untuk sesuatu penyelesaian masalah ialah melukis gambar dan diagram.

Soalan 1
      Sempena hari lahir ibunya, Natasya merancang satu parti makan malam di bilik rekreasi. 22 orang tetamu dijemput ke parti itu. Untuk memastikan semua orang mendapat tempat, Natasya perlu meminjam meja contohnya satu meja yang boleh meletakkan seorang di setiap bahagian. Dia mahu menyusun meja dalam bentuk 4 segi supaya kelihatan seperti satu meja besar. Sekurang-kurangnya berapa banyak meja yang perlu dipinjam oleh Natasya? Natasya menggunakan 4 langkah proses Polya dalam menyelesaikan masalah.

Langkah 1 : Memahami masalah
         Meja mesti diletakkan bersebelahan, tepi dengan tepi, supaya ianya membentuk satu meja 4 segi yang besar. Jika 2 meja diletakkan hujung bertemu hujung seperti gambar rajah di bawah, berapa ramai orang boleh duduk.
Langkah 2 : Membuat perancangan
         Melukis gambar beberapa penyusunan yang mungkin berlaku kepada kad meja merupakan pendedahan yang biasa dibuat dalam menyelesaikan masalah jenis ini. Di sana ada beberapa kemungkinan. Meja-meja boleh disusun dalam satu barisan yang panjang atau boleh atau tidak boleh disusun dalam satu barisan yang panjang atau boleh atau tidak boleh disusun dalam 2 barisan yang bersambung tepi dengan tepi untuk membentuk satu barisan meja dan lain-lain. Menggunakan 5 meja, berapa ramai orang boleh duduk jika meja disusun hujung dengan hujung dalam satu barisan.
Langkah 3 : Melaksanakan perancangan
         Gambarajah di bawah menunjukkan 2 daripada 5 kemungkinan penyusunan meja. ‘x’ menunjukkan 22 orang yang akan menghadiri parti hari lahir itu.






LANGKAH 4 : Menilai kembali/ Semak semula
         Gambar rajah menunjukkan satu barisan kad meja memerlukan meja yang paling sedikit kerana di akhir meja menyediakan tempat duduk untuk 3 orang dan selebihnya menyediakan tempat duduk untuk 2 orang. Pada penyusunan yang lain, di hujung kedua meja hanya menyediakan tempat duduk untuk 2 orang dan selebihnya disediakan untuk satu orang. Jadi, dengan tidak memisahkan bilangan orang, satu barisan merupakan penyusunan yang menggunakan kad meja yang paling kurang dengan syarat bilik itu cukup besar untuk memuatkan panjang barisan. Berapakah bilangan  meja yang diperlukan untuk menyediakan tempat duduk untuk 38 orang.













No comments:

Post a Comment