KELEBIHAN MODEL POLYA BERBANDING MODEL LESTER
Model Polya
Polya ( 1945 )
Masalah merupakan
sedikit penemuan dalam keadaan kreatif dan rasa ingin tahu yang tinggi,
seseorang akan mampu menyelesaikan sesuatu masalah dan mungkin akan mengalami
tekanan atau kegembiraan atas kejayaan penemuannya. Beliau juga mencadangkan
bahawa “pemikiran” dan “penyelesaian masalah” adalah merupakan satu perkara
yang sama di mana kedua – duanya adalah merupakan satu mekanisma untuk keluar
dari sesuatu situasi kesukaran, mengatasi halangan dan seterusnya cuba mencapai
sesuatu matlamat yang tidak boleh didapati secara serta merta dan akhirnya
memperolehi pengalaman daripada penemuan tersebut.
Menurut model
penyelesaian masalah Polya, beliau mengemukan 4 langkah dalam proses
penyelesaian masalahnya
1- Langkah memahami
masalah
2- Merancang Tindakan
3- Melaksanakan Tindakan
4- Menyemak semula
Model Lester
Charles dan Lester
(1982)
Mendefinasikan masalah sebagai satu tugasan
dimana:
1. Individu yang
menghadapinya memerlukan satu penyelesaian;
2. Individu itu tidak
mempunyai prosedur yang sedia ada untuk mendapatkan
penyelesaiannya; dan
3. Individu itu
seharusnya melakukan percubaan untuk mendapatkan penyelesaiannya.
Menurut model
penyelesaian masalah Lester, beliau mengemukakan 6 langkah dalam proses
penyelesaian masalahnya.
1-Langkah kesedaran
masalah
2- Langkah memahami
masalah
3- Langkah menganalisis objektif
4- Langkah merancang
strategi
5- Langkah
implementasikan strategi
6- Langkah prosedur dan
penilaian bagi penyelesaian
|
No comments:
Post a Comment